Tuesday 13 December 2016

7 Amalan Pembuka Rezeki Untuk Bisnes Maju

Asaalamualaikum.. Semua orang di dunia ini saya percaya pasti pernah mengalami saat menerima dugaan dalam hidup. Samada dari segi kewangan, bisnes, keluarga mahupun kerjaya. Hebanya sesorang iu bukan dinilai dengan banyaknya wang yang dimiliki tetapi kemampuannya untuk bangun semula setelah di duga dengan ujian. Allah beri ujian tanda Allah sayang dan tanda Dia lihat kita, kerana itulah perlu bersyukur walaupun sedang diuji. Percayalah kebahagian dan rezeki Allah itu tidak pernah salah alamat, jadikan 7 amalan ini sebagai pembuka rezeki untuk bisnes dan hidup yang maju serta berkat. Insha Allah..



#1. Solat Awal Waktu.

Kalau kita nak Allah jaga kita, maka perluah kita jaga apa yang Allah suruh dulu iaitu solat 5 waktu. Solat juga bukan hanya hanya sekadar cukup syarat, tetapi hendaklah cukup semua rukunnya dan pastikan kita sedaya upaya biasakan diri solat awal waktu. Benar, berkata memang mudah tapi untuk istiqamah solat awal waktu itu bukan mudah. Tetapi niatlah sentiasa agar Allah permudahkan usaha kita solat awal waktu. SElepas solat ambillah masa berdoa dan mintak bersungguh-sunguh pada Allah. Luahkan segala isi hati kita pada Nya, nescaya kita akan dapat rasakan ketenangan yang luar biasa sleepas itu.

#2. Banyakkan Istigfar.

Selepas soalt, luangkan sedikit masa untuk biasakan diri beristigfar kerana dengan istigfar, semoga Allah mengampunkan dosa-dosa yang menjadi penghalang rezeki sampai kepada kita.

Dalam satu riwayat dikatakan datang seseorang kepada Imam Hasan al-Basri r.a. mengadu tentang tanahnya yang tidak subur lalu jawab Hasan al-Basri, "BERISTIGHFARAH".
Datang pula yang ain mengadu kemiskinan, jawab beliau'BERISTIGFARLAH"
Datang pula yang lain minta agar doanya direzekikan seorang anak, jawb beiau. "BERISTIGFARLAH"Lalu di tanya mengapa semua jawapannya sama sedangkan persoalan yang berbeza. Kata Imam Hasan al Basri, "Ini bukan pendapatku, ini Nabi Nuh a.s yang sebut.."

#3. Zikir Ya Wahab

Ya Wahab bernakna Allah Maha Memberi. Selalulah basahkan mulut dengan zikir ini ketika lepas solat, kemas rumah, memasak atau pun ketika bersantai. Ini adalah zikir ajaib buat kita umat islam. Memuji llahh sesungguhnya membuka pintu rezeki kita lebih luas

#4. Surah Waqiah

Amalkan bacaan surat Waqiah terutama sekali pada setiap malam Jumaat ataupun paling baik pada setiap malam. Dr Harun Din juga menyarankan bacaan surah ini setiap malam jumaat, Insha Allah pintu rezeki dibuka lebih luas untuk kita semua

#5. Berbuat baik pada ibubapa

Syirga iti di bawah tapk kaki ibu. Jadi kalau nak syurga dan mahu hidup senang dan tenang, Makanya kenalah jagaa hubungan dengan ibubpa kita ini. Jika ada impian atau target, cuba bagitahu pada ibu kita dn minta restu serta doanya, Insha Allah berkat rezeki kita peroeh nanti..

#6. Bersedekah

Lebih banyak kita  memberi , maka lebih banyak kita akan dapat. Itu janji Allah pada orang yang ikhlas memberi kerana Allah. Teringat saya cerita usahawan melayu yang berjaya dengan produk Fellina, ceritanya beliau pernah dengan selamber sedekahkan semua hasil jualannya pada malam itu, dan ajaibnya pada hri berikutnya, jualan butiknya meningkat berkali ganda daripada sebelumnya. Masha Allahh lihatlah betapi berkuasanya Allah dalam memberi ganjaran pada hamba-hambanNya,

#7. Usaha, Usaha, Usaha

Ya usaha! Tawakal tanpa usaha ibarat tanam pokok tanpa menyiram air padanya. Kita ni, Allah kurniakan lengkap anggota badan dan otak ynag pintar, maka gunakanah kudrat yang ada untuk berusaha hingga tercapai apa yang dihajati. Dan seeloknya berpagi-paganlah dalam berkerja. Maksudnya bangun dan keluarlah mencari rezeki pada awal pagi.


Jujurnya saya juga masih lagi menjaga point-point di atas sebaik mungkin, kerana saya percaya jika kita jaga hubungan dengan Allah, maka Allah akan menjaga dan menbantu menyenangkan segala urusan kita. saya ada perkongsian magik lagi hebat yang ingin dikongsikan bersama anda. Bagaimana ibu beranak 6 ini, Allah kurniakan magik rezeki hingga berjaya closed sales jualan vitamin pada 1 malam sebanyak RM10,000! YA RM10.000 hanya dalam 1 malam, ketika orang lain rasa dia sudah tidak punya harpan, tetapi ibu ini tetap yakin dan meletakkan 200% pergantungannya pada Allah. Subahanallah Maha Baiknya Allah itu yang mampu memberikan apa sahaja nikmat buat hamba-hambanya yang tawaka dan berusaha. SEmoga cerita ini menjadi inspirasi buat saya dan anda yang membacanya.. Baca cerita penuhnya  DISINI  Semoga kita tidak pernah berputus asa dengan nikmat Allah.












No comments:

Post a Comment