Monday 16 January 2017

Tips Bersalin Dengan Mudah

Assalamualaikum.. Perkongsian ini khas untuk ibu-ibu yang tak lama lagi dah nak sampai due date bersalin. Teringat masa nak bersalin Adam Daniyal dulu. Dan nikmatnya lepas dapat sentuh si kecil buat pertama kali lepas keluar dari perut. 9 bulan bawa di kehulir kehilir, sayu dan penuh kesyukuran bila dia dapat keluar dengan selamat. Para ibu uga pasti boleh mudah bersalin dengan sentiasa berdoa pada Allah dan uga mengamakan Tips Mudah Bersalin ini.


#1. Amalkan Doa Mudah Bersalin

"Dan Allah mengeluarkan kamu dai perut ibumu dalam keadaan tidak menegtahui sesuatu pn, dan dia memberimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani, agar kamu bersyukur. "
 (an-Nahlu  : 78)


"Ya Tuhanku, permudahkanlah jangan kau sukarkan kerana Engkaulah Yang Maha Memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagi MU, Ya Allah sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmat-Mu, Ya Arhamar Rahimin.."


Dan banyakkan zikir Nabi Yunus ketika dalam perut ikan Paus, Laillah haillah anta subhahanaka inni kuntum minaz zholimin..


#2. Kerap Bersama Suami

Kerap bersama suami (bersetubuh) pada saat akhir menanti kelahiran, kerana dari segi perubatan, ada pengamal perubatan yang berpendapat air mani suami mampu merembeskan horman yang menyebabkan kontraksi. Jadi memudahkan pintu rahim terbuka. Tapi ada yang mengingatkan jangan kerap bersama suami ketika usia kandungan masih awal kerana khuatir atas sebab yang sama.

Ehem.. waktu bersama tu jangan lupa baca Bismillah dan Doa ketika bersama ya.. hehehe..

#3. Banyakkan Berjalan

Banyakkan berjalan untuk memudahkan proses kelahiran. Dalam erti kata lain, kurangkan berehat dan tidur yang berlebihan. Buat kerja rumah yang ringan-ringan seperti basuh pinggan, kemas barang mainan anak, atau sapu rumah. Petang-petang boleh keluar berjalan di kawasan taman bagi mendapatkan rasa rileks..

#4. Jaga Pemakanan

Ini juga paling penting. Wajib bagi ibu-ibu makan cukup karbo protein zat semua zat-zat lain yang diperlukan badan. Saya sealu ingatkan keluarga dan sahabat saya yang hamil bahawa vitamin adalah satu kemestian bukan lagi keperluan. Kerana dari pemakanan harian kita pun sudah tentu tak lengkap zatnya, sebab ituah perlunya bantuan vitamin dan suppliment. Ibu-ibu harus ingat, anda bukan sahaja makan untuk diri sendiri, tetapi untuk si comel dalam perut anda juga. 

#5. Amalkan Surah Maryam

Biasakn diri membaca Surah Maryam sekerap mungkin. Sebaik selepas solat Isya, ketika kita tak sibuk lagi dengan aktiviti lain, ambil masa untuk baca Surah Maryam, Insha Allah mudah proses bersalin nanti.

#6. Makan Kurma

Ini memang amalan dari zaman moyang-moyang kita lagi. Makanan sunnah ini sangat terbukti berkesan dalam memudahkan proses bersalin. Kurma juga memberi tenaga kepada ibu sewaktu proses keluarkan baby nanti. Amalkan juga sebelum masuk wad bersalin tau.


#7. Minta Keampunan Suami

Ya restu dan redha suami tu sangat penting supata kita mudah bersalin. Minta maaf segala dosa kita oada mereka, sama ada sengaja atau tidak, dan mintalah mereka juga mendoakan kita selamat dan mudah melahirkan zuriat ini. Redha Allah juga bersama redha suami..



Semoga tips ini membantu ibu-ibu lebih bersedia menghadapi saat-saat bersalin dengan mudah dan tenang. Jika bermanfaat kongsikanlah artikal ini agar orang lain juga dapat mengamalkannya.  ðŸ˜€





No comments:

Post a Comment